Tuesday, April 1, 2008

Tsunami 8 March 2008

Di Terengganu, Dato Seri Idris Josuh berkata beliau redha walaupun tidak dilantik menjadi MB Terengganu, sementara dihujung utara semenanjung, Dato Seri Shahidan Kassim sedang bergelut bagi mendapatkan kerusi MB. Di Perak dan Selangor penentuan MB juga dirundung pelbagai masalah. Ini hanyalah sebahagian daripada rentetan keputusan pilhanraya umum ke 12 pada 8 mac lepas.

Landskap politik Malaysia sudah berubah, tradisi pengundian kepada BN sebagai pemerintah dan memilih pembangkang sekadar mengisi kerusi pembangkang tidak berlaku kali ini. Rakyat telah memberikan undi bagi menjadikan pemerintah sebagai pembangkang dibanyak negeri kali ini. Samada perubahan ini sesuatu yang baik atau sebaliknya, hanya masa yang akan menentukan.

Pengajaran dari gelombang ini perlu diambil pengajaran. Sesungguhnya mengadah selepas terantuk adalah lebih baik dari terantuk pun masih tak mahu mengadah.

Namun apakah pengajaran yang mahu diambil dari tsunami politik terhebat dalam sejarah Malaysia ini? Sebab musabab tsunami ini akan menjadi perdebatan di fasa seterusnya, fasa dimana akan menentukan BN akan dirawat atau dibiarkan mati tanpa rawatan. Fasa ini adalah fasa melunturkan ego pemerintah untuk mencari jalan kearah pemulihan atau membawa kehancuran kekal kepada BN.